La Ode diketepikan hukuman gantung tembak pegawai Ambank | The Reporter

La Ode diketepikan hukuman gantung tembak pegawai Ambank

Sumber Gambar: Astro Awani

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila,47, diketepikan hukuman gantung atas tuduhan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 11 tahun lalu.

Bagaimanapun, La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.

Panel-panel hakim turut mengetepikan hukuman mati terhadap tertuduh bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan dan sengaja melepaskan tembakan dengan senapang patah, dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 November 2013.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman gantung terhadap tertuduh pada 29 Februari 2016.

Manakala, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati La Ode bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

Sumber: Astro Awani

Related Posts