Kuasa tular, anjing Husky berjaya diselamatkan | The Reporter

Kuasa tular, anjing Husky berjaya diselamatkan

Sumber: Instagram Caprice

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular baru-baru ini seorang lelaki dirakam bertindak kejam apabila memukul seekor anjing jenis Husky berulang kali dengan tamparan, pukulan, dan melibas di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor.

Tindakan lelaki berkenaan telah mengundang simpati ramai dan mengkritik kekejaman yang dilakukan si pelaku.

Beberapa individu telah meminta selebriti dan pempengaruh, Caprice untuk menularkan perkara berkenaan.

Susulan itu, menerusi hantaran di Instagram Caprice memaklumkan, Jabatan Veterinar telah memberikan respon dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Alhamdulilah, the Husky telah berjaya diselamatkan dan pihak DSV sudah tahu pasal kes tersebut,” tulis Caprice.

Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) turut memaklumkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

SAFM menyeru orang ramai untuk menyampaikan laporan mengenai kezaliman terhadap haiwan.

“SAFM menyeru kepada masyarakat untuk segera melaporkan sebarang kejadian kezaliman haiwan kepada Jabatan Veterinar Malaysia (DVS).

“Tindakan memukul haiwan secara kejam tidak boleh diampuni. Sebelum memutuskan untuk memelihara anjing, terutamanya baka Husky yang memerlukan perhatian khusus, individu perlu menilai kemampuan mereka untuk memberi masa dan tenaga yang mencukupi.

“Haiwan bukanlah mainan; mereka adalah makhluk hidup yang mempunyai emosi dan keperluan asasi mereka sendiri,” tulisnya.

Sumber: Caprice, Jabatan Veterinar Malaysia

Related Posts