Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bijak dan kreatif! Inilah yang dipanggil sebagai pempengaruh yang sebenar memberikan contoh yang terbaik untuk golongan muda.
Pasangan kembar Abid dan Amin sentiasa menarik perhatian ramai apabila mencipta pelbagai barangan pelbagai guna yang kreatif.
Penerima Anugerah Naib Canselor UiTM ini juga bukan hanya pandai bertukang, malahan juga pandai menjahit baju. Boleh dikatakan serba serbi boleh!
Hantaran terbaharu pasangan kembar ini sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berjaya menghasilkan satu replika muzium coklat yang diberi nama Muzim Nokona.
Hantaran video yang sudah mencecah 1.8 juta jumlah tontonan itu dipuji ramai dengan bakat semulajadi dua beradik kembar itu.
Seperti benar-benar berada di alam fantasi coklat, gabungan kekemasan dan kreativiti yang dihasilkan membuatkan sesiapa sahaja teruja melihatnya.
Kata mereka, Muzium Nokona berkenaan dihasilkan selama enam bulan dengan hasil usaha buatan sendiri.
Sumber: Aminabid








