Kos sertai Sukma tinggi, Sanusi minta Sarawak tanggung sebahagian kos | The Reporter

Kos sertai Sukma tinggi, Sanusi minta Sarawak tanggung sebahagian kos

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan kos tinggi yang terpaksa ditanggung untuk menghantar kontijen negeri Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma), Menteri Besar, Sanusi Nor berharap agar Sarawak dapat menanggung sebahagian kos.

Katanya, kos tinggi itu termasuk tiket perjalanan dan membawa peralatan.

Dalam satu siding media, Sanusi berkata kontinjen negeri itu perlu membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak.

“Kita akan hantar kontinjen ke Sarawak tetapi bila jauh kos agak tinggi sedikit. Saya rasa negeri lain juga sama.

“Kos untuk menyertai Sukma tahun ini agak tinggi berbanding tahun sebelum ini. Kita juga berharap tuan rumah (Sarawak) tanggung sedikit kos. Banyak peralatan kena bawa.

“Dengan susah-payah ini, kita akan menyertai juga atas semangat kesukanan dan menjayakan Sukma di Sarawak,” katanya.

Sukma 2024 akan diadakan di sembilan daerah negeri itu bermula 17 hingga 24 Ogos. Sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, membabitkan 488 acara dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai.

Penganjuran sukma pada tahun ini merupakan kali ketiga buat Sarawak selepas kali pertama pada tahun 1990 dan 2016 buat kali kedua.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts