Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Media sosial ketika ini sudah dilihat semakin sebati dalam masyarakat. Segala info dan hiburan hanya di hujung jari.
Ketika ini juga dilihat ramai yang mula berjinak-jinak sebagai pencipta kandungan atau content creator. Dan bagi menarik perhatian ramai, pelbagai kandungan yang dicipta selain mengharapkan kandungan tersebut tular atau dalam istilah TikTok adalah ‘fyp’.
Antara tarikan utama yang dilihat menerusi pembabitan individu sebagai content creator ini adalah kerana jumlah pendapatan yang diperoleh.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Mahaguru Abu mendedahkan pendapatan sebagai seorang content creator boleh mencecah sehingga RM20,000 hingga ke RM60,000 sebulan.
“Pendapatan content creator ni banyak kelas. Ada kelas yang biasa (pertengahan) dan kelas yang besar. Kelas yang besar ni ada jumlah follower dalam 1 juta ke atas.
“Golongan pertengahan ni pendapatan dia, satu bulan minimum RM20,000 dan boleh cecah RM50,000 – RM60,000 untuk satu bulan. Kalau ada yang kata tak dapat banyak tu, itu satu pembohonganlah,” katanya.
Pendapatan yang diperolehi itu katanya merupakan sebahagian daripada jenama-jenama besar yang berkolaborasi dan juga ulasan (review) di kedai-kedai yang dipanggil.
Kongsinya lagi, bidang content creator ni ada potensi dan merupakan alternatif sebagai salah satu kerjaya.
Sumber: Mahaguru Abu