Kolam Sungai Mudal dikosongkan demi cari gelang emas hilang | The Reporter

Kolam Sungai Mudal dikosongkan demi cari gelang emas hilang

Beberapa individu berada di tepi kolam semula jadi Sungai Mudal, manakala inset menunjukkan seorang wanita sedang terapung di permukaan air berwarna biru jernih.
Viral kolam Sungai Mudal dikosongkan gara-gara gelang emas hilang, namun pengurus tempat tampil jelaskan keadaan sebenar.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial dakwaan sebuah kolam semula jadi di kawasan Sungai Mudal, Kulon Progo, Jogja, dikosongkan semata-mata untuk mencari gelang emas pelancong yang hilang. Video yang tersebar menunjukkan kolam tanpa air dan beberapa individu seperti sedang mencari sesuatu di dasar.

Namun, pengurus Sungai Mudal, Mudi, menafikan dakwaan itu. Katanya, insiden kehilangan gelang memang berlaku tetapi tidak menjadi punca utama kolam tersebut dikosongkan.

Proses kosongkan kolam adalah rutin

Menurut Mudi, proses mengosongkan air kolam semula jadi Sungai Mudal adalah rutin harian yang dibuat setiap petang untuk menjaga kebersihan. Kebetulan ketika gelang seorang pelancong terjatuh, kolam memang sedang dikosongkan.

“Setiap petang kami akan keluarkan air untuk kebersihan, dan masa itu kebetulan ada gelang jatuh. Jadi kami terus membantu mencarinya,” jelasnya.

Baca juga:

Tambah Mudi, peristiwa itu berlaku sudah agak lama sehingga dia kurang mengingati butiran kejadian. Walau begitu, Mudi mengesahkan gelang emas berkenaan berjaya ditemui semula.

Utamakan kebersihan

Mudi menjelaskan, pihaknya sentiasa komited menjaga kebersihan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelawat.

“Itu juga sebahagian daripada khidmat kami, supaya pelancong rasa selesa dan seronok beriadah di sini,” katanya.

@fldzh_lna

Bikin ulah “definisi nguras sungai sesungguhnya” haha hihi berujung duarrr merepotkan petugasnya. Makasih petugas yang super gercep “kuras saiki, sik kolam atas ojo di buka sik” #fyp #lfl #xybca #sungaimudal #mudal #nguras #yogyakarta #kulonprogoyogyakarta #wisatakulonprogo

♬ original sound – 🎶🎧

Terdahulu, sebuah akaun Instagram menyiarkan foto dan video yang memberi gambaran seolah-olah kolam semula jadi Sungai Mudal dikosongkan hanya kerana insiden gelang hilang. Perkongsian itu menimbulkan salah faham dan menjadi tular tanpa fakta yang tepat.

Sumber: Detik

Related Posts