Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran kawasan pangsapuri di Sibu Jaya, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya ke lokasi.
Baca juga:
- PAS tuntut penjelasan penangguhan permohonan pengampunan Najib
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pendidikan anak mendiang jururawat Debra
- ‘Pintu helikopter BO-105 memang boleh ditanggalkan’ – Isteri Kapten Zainol Afiq




Menurut beliau, ketika pasukan tiba, ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah dibawa naik ke tebing oleh orang awam, namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Katanya, sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu kehadiran pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membuat pengesahan.
Setakat ini, punca kejadian serta identiti dan umur mangsa masih belum diperoleh dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Harian Metro








