Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa cadangan untuk mengadakan pilihan raya jawatan Dato’ Bandar Kuala Lumpur merupakan isu serius yang memerlukan perhatian.
Beliau mempersoalkan keselamatan dan integriti proses pilihan raya, memandangkan Kuala Lumpur mempunyai banyak pusat hiburan, pub, kelab malam, pusat urut serta kegiatan yang tidak bermoral.
Menurutnya, aktiviti ‘underworld’, kartel dan gengster tempatan berpotensi mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan menggunakan rangkaian dan sumber kewangan mereka untuk menyokong calon tertentu.
“Bayangkan KL gangster guna duit dan rangkaian mereka untuk sokong calon tertentu. Pejabat Datuk Bandar tidak lagi bebas. Jika penjawat awam buat kesalahan tindakan tata tertib boleh diambil. Tetapi Datuk Bandar yang dipilih melalui pilihanraya kena tunggu penggal mereka tamat,” katanya.
Justeru itu, Datuk Dr Mohd Puad menyeru UMNO untuk menolak cadangan pilihan raya ini dan segera menubuhkan sekretariat khas bagi menyediakan respon balas, sama seperti tindakan parti menentang RUU URA sebelum ini.
“UMNO mesti bantah. UMNO perlu tubuh segera sekretariat khas untuk kemuka respon balas seperti mana UMNO bantah RUU URA,” jelasnya.
Baca juga:
- Mulai 15 Februari, TikTok Shop kenakan caj RM0.50 bagi setiap pesanan berjaya
- Kelab Bola Sepak Selangor FC kesal insiden penyokong di Jambatan Angkat
- ‘KL Gangster akan kuasai pilihan raya Datuk Bandar KL?’ – Puad Zarkashi
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya datuk bandar bagi Kuala Lumpur.
Cadangan berkenaan bagaimanapun menimbulkan persepi ramai pihak terutama berkaitan kebebasan dan integriti pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam hantaran di Facebook menegaskan bahawa usaha menolak cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu diperjuangkan sebagaimana mereka sebelum ini menentang Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).









