'Kita terpaksa potong' - TNB kesan pemilik kereta Tesla curi elektrik | The Reporter

‘Kita terpaksa potong’ – TNB kesan pemilik kereta Tesla curi elektrik

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, seorang pemilik kereta Tesla didapati mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengecas kenderaannya tanpa melalui meter yang dipasang di kediamannya.

Kes ini menjadi tular selepas video menunjukkan rumah lelaki itu diserbu oleh pihak TNB kerana disyaki mengubah suai pemasangan elektrik bagi tujuan mengelakkan penggunaan elektrik berlebihan daripada direkodkan.

Menurut pihak TNB, perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan menyebabkan kerugian kepada pihaknya. Disebabkan itu, pihak TNB terpaksa memotong dan membetulkan semula sambungan litar elektrik yang telah diubah suai.

“Penyambungan dia sebelum meter. Meter ini tak rekod penggunaan you. Senang kata ini kerugian kepada TNB. Sekarang ini, kita terpaksa potong dan betulkan semula sambungan,” kata kakitangan TNB.

Bagaimanapun, pemilik Tesla memberikan alasan pemasangan itu dilakukan oleh pihak teknikal dan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara tersebut.

Jelas kakitangan TNB lagi, sebarang pemasangan yang tidak betul, meter berkenaan akan menghantar isyarat kepada TNB yang menyebabkan pihaknya datang untuk membuat pemeriksaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Meter ini kalau ada salah pemasangan, dia akan sampaikan alarm ke office TNB. Jadi kita datang bukan kerana adanya aduan orang lain, tetapi atas sebab meter ini yang maklumkan kepada office,” jelasnya.

Related Posts