PUTRAJAYA – Seorang pengguna Facebook luah rasa kecewa dirinya menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon dan ditambah pula pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu.
Petang itu, seorang lagi kawan saya cuba menghubungi Khairol kononnya nak guna teksi ke KLIA. Namun ditolak dengan alasan dia teksi bandar sahaja. Paling menarik, semua panggilan dari orang yang tidak dikenalinya, dijawab. Mungkin dia benar-benar seorang pemandu teksi.
Berdasarkan gambar ini, Khairol mula melakukan aktiviti ini semenjak bulan Mei. Tak tahu bila dia mulakan jenayah ini sebenarnya. Tetapi cuba bayangkan kalau sehari dia kenakan 10 orang, dah dapat RM800. Sebulan call 20 hari saja dah dapat RM16,000. Hebat!
Saya buat laporan di Balai Polis Cyberjaya sebab dekat dengan kediaman. Tiga pegawai polis yang berbudi bahasa melayan saya dengan baik. Bolehlah gelak-gelak sikit dan sempat mengingatkan saya.