Kisah Atok Grab tular raih perhatian, terima bantuan kerajaan | The Reporter

Kisah Atok Grab tular raih perhatian, terima bantuan kerajaan

Atok Grab terima bantuan daripada kerajaan,
Tangkap layar video tular TikTok icujpm Se;langor

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang warga emas berusia 71 tahun yang tular kerana gigih bekerja sebagai penghantar GrabFood bagi menampung kos rawatan anaknya menerima perhatian segera daripada pihak kerajaan.

Lelaki berkenaan, Zakaria, dilaporkan masih bekerja walaupun pada usia lanjut demi menyara anaknya, Asyraf, yang mengalami strok ringan. Asyraf turut bekerja sebagai pemandu Grab sebelum jatuh sakit, sekali gus menambah beban kewangan keluarga tersebut.

Susulan tularnya kisah itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) Selangor bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun padang menziarahi keluarga berkenaan di Pandan Jaya. Lawatan itu turut disertakan dengan sumbangan tunai ihsan serta bantuan segera bagi meringankan beban keluarga.

Menurut kenyataan pihak terlibat, kunjungan tersebut bukan sekadar penyerahan bantuan, sebaliknya bertujuan memudahkan proses permohonan bantuan JKM secara ‘fast-track’ dari awal hingga selesai.

“Selain menyerahkan sumbangan tunai ihsan YAB PMX, tujuan utama kami ke mari adalah untuk menguruskan permohonan bantuan JKM dari A hingga Z secara fast-track. Misi kami cuma satu nak pastikan pakcik dapat kelulusan segera dan berehat di rumah lepas ini,” ujarnya.

@icujpm.selangor

Rezeki Pakcik Zakaria, rider tular berusia 71 tahun! 🥺  Sayu hati lihat kegigihan pakcik menyara keluarga dan mencari rezeki sebagai penghantar GrabFood demi rawatan anak yang terkena strok ringan. ICU JPM dan JKM pantas turun menyantuni beliau sekeluarga di Pandan Jaya.  Selain menyerahkan sumbangan tunai ihsan YAB PMX, tujuan utama kami ke mari adalah untuk menguruskan permohonan bantuan JKM dari A hingga Z secara fast-track. Misi kami cuma satu nak pastikan pakcik dapat kelulusan segera dan berehat di rumah lepas ini! Kerajaan MADANI pantas bertindak, tiada rakyat yang akan dibiarkan berjuang kesusahan bersendirian. 🇲🇾💪 #MalaysiaMADANI #SejahteraMADANI #ICUJPM #icujpmselangor #kebajikan

♬ Kita Usahakan Lagi – Batas Senja

Baca juga:

Pihak kerajaan memaklumkan bahawa permohonan bantuan warga emas untuk Zakaria serta bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi anaknya sedang diproses segera bagi memastikan mereka menerima sokongan sewajarnya.

“Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk memastikan tiada rakyat yang dibiarkan berhadapan kesusahan bersendirian,”katanya.

Related Posts