Kilafairy mohon maaf, akui pemilihan kata kurang tepat isu kematian Rocky | The Reporter

Kilafairy mohon maaf, akui pemilihan kata kurang tepat isu kematian Rocky

Kilafairy mohon maaf berkaitan kenyataan isu kematian anjing Rocky di Pelabuhan Klang
Gambar: Thread Kilafairy

Pelakon Kilafairy memohon maaf berhubung kenyataannya di media sosial berkaitan kes kematian anjing peliharaan bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir mengakui pemilihan kata-kata yang digunakan sebelum ini terlalu keras dan menyinggung perasaan ramai pihak.

Beliau turut menyifatkan dirinya sebagai manusia biasa yang masih belajar untuk memperbaiki diri serta menghargai teguran dan nasihat yang diterima daripada orang ramai secara peribadi.

“Looking back at it, yes, it was very harsh. Sorry guys.. im just a human, tak sempurna, and still learning to be a better person every single day,” katanya.

Menurut Kilafairy, beliau juga sudah mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak berkaitan insiden Rocky.

Baca juga:

Katanya, apa yang diharapkan ialah setiap isu yang berlaku dapat ditangani secara adil dan aman tanpa mengira pihak terlibat.

“Bila adanya cases like this, semua pihak dapat handle the situation dengan adil and peacefully,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh Mek Yun turut memohon maaf atas kenyataannya berkaitan kes Rocky dan mengakui kesilapan membuat kesimpulan terlalu awal mengenai insiden berkenaan.

Terdahulu, kematian Rocky ketika operasi penguatkuasaan di Taman Teluk Gedung Indah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial. MBDK menjelaskan kejadian berlaku selepas seorang individu didakwa bertindak agresif dan cuba memotong tali ‘loop’ yang digunakan anggota penguat kuasa.

Menurut MBDK, tindakan itu menyebabkan berlaku insiden tarik-menarik selepas individu terbabit didakwa mengugut untuk mencederakan diri sekiranya anjing berkenaan tidak dilepaskan. Rocky kemudiannya disahkan mati ketika kekecohan tersebut berlaku.

Related Posts