Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bekas juara MMA dari Rusia, Khabib Nurmagomedov, juga dikenali sebagai “The Eagle,” mempunyai rekod tidak pernah tewas 29-0 dalam UFC Lightweight. Kemahiran luarbiasanya dalam seni bela diri campuran, kekuatan mental dan disiplin telah menarik ramai pengikut di media sosial.
Beliau dikenali kerana kehebatannya di gelanggang serta prinsip dan nilai murni yang dipegang teguh, menjadikannya inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.
Baru-baru ini Khabib melawat Malaysia pada 30 September lalu dan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, di Putrajaya.
Khabib juga mengambil gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan berkongsi gambar tersebut di Instagram yang mendapat banyak komen dari pengikutnya.
Tindakan Khabib itu, bagaimanapun, mengundang rasa tidak puas hati beberapa netizen Indonesia kerana bekas juara MMA itu tidak memuat naik sebarang gambar dirinya semasa lawatannya ke Indonesia.
Pada 28 September lalu, Khabib datang ke Indonesia untuk menyertai acara Kahforward 2024 di Indonesia Arena, Jakarta. Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi sebarang gambar semasa berada di negara tersebut.
‘Husnuzon, barangkali lupa’

‘Apakah di Indo kureng?’

Claim batik asli asal dari Indonesia
