‘Kesian, diorang pun nak cari rezeki’ – Prihatin tak bertempat, punca golongan penjaja jalanan masih berleluasa

Seorang penjaja jalanan terus melarikan diri sebaik saja menyedari kehadiran kenderaan pihak berkuasa. kerana takut ditangkap.
JSPT IPK Johor

Semalam tular video seorang penjaja buah di persimpangan lampu isyarat melarikan diri setelah melihat kehadiran kenderaan polis, dalam kejadian yang berlaku di Johor.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam kenyataannya berkata, golongan berkenaan terus lari bertempiaran setelah melihat kehadiran kenderaan pasukan JSPT (Outlander), tanpa mempedulikan isu keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain ketika melintas jalan.

“Mereka (penjaja) sedar dan sepatutnya rasa bersalah kerana peluang telah banyak kali diberikan. Kerana perbuatan menjaja di jalanan ini jelas melanggar peraturan dan undang-undang,” kata kenyataan itu.

‘Kena fikir juga orang yang susah’

Di media sosial, ada segelintir netizen yang masih kurang cerdik dan tidak bersetuju dengan tindakan polis dianggap tidak memikirkan kesusahan golongan itu dalam mencari rezeki.

“Habis tu nak jual macam mana? Kena fikir juga orang yang susah. Payahlah semua nak kena undang-undang. Kesian, diorang ni pun nak mencari rezeki. Kadang berpanas, berhujan.. daripada meminta-minta (mengemis),” kata Zhnzhrwi.

“Kalau sebelah utara, geng Rohingya yang meniaga, diorang (pihak berkuasa) tak kejar. Tapi kalau orang Melayu meniaga, terus kena kejar dan sita. Hebat kan Malaysia sekarang?” kata Shafateen Roslan yang menambahkan lagi bara api.

Undang-undang perlu dipatuhi

Bagaimanapun, komen dua individu terbabit dibidas oleh netizen lain yang mendakwa mereka sengaja menggunakan alasan yang sama bagi menghalalkan perbuatan golongan itu.

“Kerja banyak kosong sekarang ni. Carilah kerja, jangan malas je. Usaha sikit. Nak suruh Malaysia ni jadi macam negara India ke yang banyak jual tepi jalan, lepas tu jalan pun bersepah dan kotor? Dah boleh kerja jual buah camtu di tengah panas, apa lagi carilah kerja. Sampai bila nak kerja macam tu?” kata Nexus.

“Yang mana dok backup penjaja ni mesti tak kena lagi hampir-hampir accident sebab diorang dok ulang alik lintas jalan tak tengok kiri kanan, orang panggil punya pasal.

“Bukan soal nak sekat rezeki atau saja-aja nak kacau tapi soal keselamatan pengguna jalan raya lain. Kalau dah terkena pada batang hidung sendiri nanti, eksiden disebabkan golongan ini, baru nak mengelabah,” kata Hakimi.

“Undang-undang tetap perlu dipatuhi. Jangan dibiarkan berniaga di tepi jalan. Carilah tempat yang sesuai. Untunglah polis hanya tengok je. Kalau betul dia buat kerja, dah lama peniaga tu kena tangkap dan diambil tindakan,” kata Helme.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!