'Kes Nuraina Humaira, jenayah berat pertama dalam 19 tahun' - Tok Batin | The Reporter

‘Kes Nuraina Humaira, jenayah berat pertama dalam 19 tahun’ – Tok Batin

Sumber Gambar: Sinar Harian, Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tok Batin Hadu Long mendakwa kes pembunuhan yang berlaku ke atas kanak-kanak perempuan Nuraina Humaira Rosli merupakan pertama yang berlaku di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.

Katanya, sepanjang 19 tahun beliau dilantik ke jawatan itu, ini adalah pertama kali kampung itu digemparkan dengan jenayah berat membabitkan penduduk.

“Dalam dua tiga hari ini, suasana di dalam kampung kami memang agak panik kerana pihak berkuasa seperti polis, bomba dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) masuk untuk membantu pencarian Nuraina Humaira yang pada mulanya dilaporkan hilang.

“Kes sebegini sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Sebagai ketua yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk, saya terkilan dengan apa yang berlaku,” katanya.

Susulan kejadian itu juga, katanya menyebabkan penduduk masih ketakutan dan suasana kampung terasa suram.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa tidak menjangka kehilangan kanak-kanak itu berakhir dengan khabar yang menyayat hati.

“Kami ingat dia mandi di sungai atau bermain di rumah kawan… tak sangka sampai membabitkan kematian,” kata bapas saudaranya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts