“Saya berharap netizen hentikan kecaman di Facebook, Instagram dan lain-lain akaun media sosial milik mereka,” demikian kata Adzwan Ab Manas yang semalam terbabit dalam video tular semalam.
Semalam kecoh di media sosial berhubung video pertengkaran yang menunjukkan dua lelaki terbabit bertengkar disebabkan pintu kereta calar yang berpunca daripada kecuaian isteri lelaki berkenaan.
Adzwan pada awalnya menegur kecuaian wanita itu. Namun Adzwan pula yang dipersalahkan kerana memarkir kenderaannya terlalu dekat. Sedangkan Adzwan yang parkir di tempat itu terlebih dahulu sebelum kedatangan pasangan berkenaan.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami wanita itu pula datang menengking dan menjerit pada Adzwan, semata-mata untuk mempertahankan isterinya.
Bagaimanapun, Adzwan enggan memanjangkan kes tersebut dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pasangan berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Malah, dia menerima permohonan maaf mereka.
“Kes yang viral tadi telah selesai. Permohonan maaf telah dibuat oleh beliau.
‘Saya telah menarik balik laporan polis yang dibuat. Harap menjadi pengajaran kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.
Sumber: Facebook