Kereta Banyak Sticker Islamik, Tetapi Memandu Macam...' - The Reporter

Kereta Banyak Sticker Islamik, Tetapi Memandu Macam…’

Gambar hiasan sahaja | Google Images
Beberapa hari lalu, saya ternampak seorang lelaki berkopiah putih memarahi isteri dan anak-anaknya sebab lambat makan. Mungkin dia kecemasan agaknya. 
Ketika saya singgah solat di majsid, terserempak dengan seorang yang berpakaian sunnah memandang saya. Saya senyum namun dia tidak membalasnya. Sebaliknya dia memandang saya dari atas ke bawah. Mungkin saya hanya memakai t-shirt dan berseluar besar seperti rappers seniour. 
Semalam, saya terserempak dengan kereta yang penuh sticker Islamik. Malah terpampang kalimah syahadah penuh di cermin belakang keretanya. Pemandunya memandu seperti ambulans, potong, cucuk belakang kereta orang dan hon-hon. 
Saya terpanggil untuk menulis perkara ini disebabkan kejadian-kejadian tersebut. Saya rasa ramai rakan-rakan Facebook juga pernah mengalami dan melihat perkara yang sama. 
Sedih, orang yang bawa imej Islam tetapi tidak berperanan membawa Islam. Malah bagi saya, mereka yang bersikap sebegini mencerminkan Islam itu tidak cantik di pandangan orang lain, apatah lagi orang bukan Islam melihatnya. 
Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita ahli masjid. Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita berpakaian Islamik dan anak-anak kita juga Islamik. Terkadang kita rasa hebat sebab kita ustaz atau ustazah. 
Mohon maaf, bukan nak kata pada sesiapa tetapi saya nak kita berfikir sejenak. Memang betul kita kena beramal soleh tetapi adakah dengan amal soleh boleh kita pandang lekeh pada orang lain? Memang betul kita dituntut hidup dan berpakaian syariat. Tetapi adakah dengan pandang hina pada orang lain? Memang betul kita ustaz dan ustazah, tetapi adakah kita yang terbaik?
Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita membawa imej Islam membuatkan orang benci pada Islam disebabkan oleh sikap kita. Cuba kita renung sebentar hadis ini:
Suatu hari ketika Rasulullah saw dan para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba-tiba berkata, 
“Sebentar lagi datang seorang pemuda ahli syurga,”
Sebentar kemudian datang seorang pemuda yang muka dan tangannya basah berwudhuk sambil sebelah tangan memegang sandal. Penampilan sangat sederhana dan tiada apa yang istimewa. 
Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw dan beberapa sahabat duduk di tempat yang sama, sekali lagi Rasulullah saw berkata,

“Sebentar lagi datang pemuda ahli syurga,”
Sebentar kemudian, pemuda yang sama sampai. Pun berpenampilan sama. Salah seorang sahabat yang ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin sangat tahu apa rahsia lelaki itu yang dikatakan ahli syurga. Dia mencari jalan untuk tidur rumah lelaki itu dengan memberikan pelbagai alasan. Pemuda itu membenarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu, ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur sehingga ke Subuh. Pemuda itu bangun Subuh. Selepas Subuh, apabila mereka membaca Al-Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak seperti Muaz. 
Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat Dhuha tetapi lelaki itu tidak dan hari yang sama Muaz berpuasa sunat. Tetapi lelaki itu tidak. Lalu Muaz pun menceritakan apa yang Rasulullah saw telah katakan. 
Pemuda itu berkata:
“Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar membaca Al-Quran. Aku masih tidak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tidak mampu lagi solat dhuha apatah lagi berpuasa sunat.
“Tetapi sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan tiga perkara yang baru aku pelajari.
  1. Aku sangat cuba tidak menyakiti hati sesiapa sama ada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yang tak ku kenal.
  2. Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa dan aku akan maafkan semua orang yang membuat salah kepadaku.
  3. Aku cuba menjaga silaturrahim dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin. 

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Itulah yang aku mampu lakukan.
Subhanallah..
Sahabat-sahabat sekalian, jika kita rasa kita hebat dengan imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dengan amalan kita, pun silap. Kalau kita rasa kita tak payah beramal, lagilah jauhnya silap kita.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tetapi apa yang keluar dari mulut kita sentiasa menyakiti hati isteri, hati suami, hati anak, hati saudara mara, hati orang, apatah lagi hati ibu bapa?
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pekaian sunnah tetapi selalu marah maki hamun orang dan penuh dendam kesumat di dalam dadah, apatah lagi memaafkan orang, jauh sekali. 
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta bertampal penuh sticker Islamik tetapi sering bergaduh, kawan selalu salah dan kita saja yang selalu betul, saudara mara mula mendekati kita, kita tak hairan, apatah lagi nak melawat dan berkunjung, usah diharap. Fikirkanlah. – Yaser Akhir | PIXEL MEDIA 
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!