Kerap ponteng kerja, kesalahan yang terpaling kerap dilakukan oleh penjawat awam - The Reporter

Kerap ponteng kerja, kesalahan yang terpaling kerap dilakukan oleh penjawat awam

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman, mendedahkan penjawat awam kerap melakukan kesalahan ponteng atau tidak hadir bertugas dan sikap itu tidak sepatutnya berlaku dalam perkhidmatan awam.

“Paling popular, ponteng kerja atau tidak hadir bertugas… sehari, dua hari, tujuh hari, ada yang berpuluh hari, ada ikut bulanan, pergi cuti tahunan tanpa diketahui pun ada,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Walaubagaimanapun, penjawat awam yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Berdasarkan statistik SPA, pada 2020, 117 dikenakan tindakan tatatertib, manakala 83 (2021) dan 51 (2022).

Bagi urusan statistik tahan kerja pula, 97 kes dilaporkan bagi 2020 hingga 2022 dan sembilan kes digantung kerja pada 2020, diikuti 10 kes untuk 2021 dan 14 kes bagi tahun berikutnya.

Bagi rayuan tatatertib pula, 284 kes direkodkan pada 2020 selain 314 pada 2021 serta 498 pada 2022.

Katanya,sebelum seseorang individu diambil berkhidmat dalam kerajaan, pemeriksaan keselamatan bersama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka bersih daripada segala-galanya.

Dalam pada itu Zainal Rahim turut menegaskan, tiada diskriminasi dalam pengambilan anggota perkhidmatan termasuk golongan kurang upaya (OKU).

“Dasar menetapkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada kakitangan yang diambil dalam perkhidmatan adalah kalangan golongan OKU.

“Cuma ada masanya kita juga perlu akur dengan jabatan dan kementerian yang menetapkan bahawa individu yang diambil memerlukan cukup fizikal terutama dalam agensi penguatkuasaan seperti bomba dan kastam, kecuali bagi tugas di pejabat yang mana boleh diambil dalam kalangan OKU,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!