Kerana Cemburu, Gadis Mati Dicekik Teman Lelaki - The Reporter

Kerana Cemburu, Gadis Mati Dicekik Teman Lelaki

SUKABUMI, INDONESIA – Heti Sulastri, 19, pekerja sebuah gedung pakaian ditemui mati dalam bilik tidurnya, dibunuh oleh teman lelakinya sendiri. 
Mayat mangsa ditemui oleh ibunya sendiri, Aoh Maesaroh sekitar jam 6.30 pagi, Ahad, 29 Mei lalu. 
Aoh yang menemui keadaan anaknya separuh bogel itu terus menjerit meminta tolong. Jeritannya mengejut jiran-jiran berhampiran yang lalu datang bertanyakan apa yang berlaku. 
“Ibu Aoh menjerit, lalu saya dan beberapa jiran yang lain berlari mendapatkannya bertanya apa yang terjadi. Ibu Aoh terus menunjukkan mayat anak gadisnya di dalam bilik. Apabila kami melihat bilik itu, mangsa hanya memakai t-shirt dan kepalanya ditutup dengan selimut,” kata Neni, 42. 
Menurut Neni, pada awalnya dia mendapati pintu bilik mangsa terkunci dari dalam. Ibu mangsa yang curiga dengan keadaan anaknya itu mengambil keputusan untuk mengintai dari tingkap bilik yang dalam keadaan separuh terbuka. 
“Pintu akhirnya dapat dibuka dari dalam. Bila selimut dialihkan, mulut mangsa penuh dengan buih dan masih lagi hidup. Ahli keluarganya cuba membawa mangsa ke hospital, namun meninggal dalam perjalanan. Lalu dibawa pulang semula ke rumah,” kata Neni. 
Ketua Polis Sukabumi, Superintendan M. Ngajib berkata, siasatan awal menyangka mangsa telah dirogol sebelum dibunuh suspek berikutan beberapa barangan berharga seperti telefon dan barang kemas mangsa juga didapati hilang. 
“Beberapa barang milik mangsa didapati hilang, termasuk dua telefon bimbit, sebentuk cincin emas 1.8 grams, gelang silver 3 grams. Ketika ditemui, mangsa hanya memakai baju manakala bahagian bawah pula terdedah sepenuhnya,” katanya.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa, Sipaul Hikmah, 20, pada 30 Mei lalu bagi membantu siasatan. 
Sipaul yang pada mulanya berpura-pura bersedih dengan kematian mangsa yang dikatanya terlalu kejam dan tragis. 
“Sebelum kejadian, saya memaklumkan kepada Heti melalui SMS yang saya mahu ke rumahnya esok. Namun, pagi ini saya menerima berita bahawa dia telah dibunuh,” katanya. 
Bagaimanapun setelah disiasat, suspek akhirnya mengaku telah datang ke rumah kekasihnya itu tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa pada malam kejadian.
Mereka berdua kemudiannya melakukan hubungan seks. Dalam pada masa yang sama, telefon milik suspek menerima satu SMS dari seorang gadis yang mahu berjumpa dengannya. Mesej itu telah dibaca oleh mangsa lalu menyebabkan kedua-duanya bertengkar. 
Berang dengan mangsa, suspek terus mencekik dan menekup muka mangsa dengan selimut sehingga lemas sebelum melarikan diri melalui jendela bilik. Bagi mengaburi perbuatannya itu, suspek telah mengambil beberapa barangan berharga agar kejadian itu dilihat seperti dilakukan oleh penyamun. Barang-barang itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!