Kerajaan sedang meneliti keperluan melaksanakan rasionalisasi petrol RON95 - Rafizi - The Reporter

Kerajaan sedang meneliti keperluan melaksanakan rasionalisasi petrol RON95 – Rafizi

Kerajaan Malaysia sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi terhadap petrol RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tumpuan dan keutamaan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya menjadi stabil.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya,” katanya.

12 Jun lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, setakat ini belum ada keperluan subsidi bersasar yang dilaksanakan ke atas RON95. Sebaliknya kerajaan mahu memberikan fokus kepada pelaksanaan subsidi diesel, dan apabila situasi diesel sudah stabil, kerajaan akan menilai langkah selanjutnya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa langkah pelaksanaan penyasaran subsidi ini adalah untuk menyelamatkan negara.

Meskipun tahu tindakannya mungkin akan mendapat kritikan, tetapi beliau tiada pilihan lain dan terpaksa melaksanakannya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!