Isu peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali mencuri perhatian apabila kerajaan memberi bayangan kemungkinan menyemak semula langkah menyekat perjalanan keluar negara terhadap mereka yang enggan membayar balik pinjaman walaupun berkemampuan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, cadangan itu masih di peringkat penelitian dan belum ada kata putus. Menurutnya, kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan semula mekanisme lama itu sekiranya ia dilihat mampu mendisiplinkan peminjam yang culas.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang mendesak penjelasan mengenai tindakan terhadap peminjam degil.
Baca juga:
- Ayam dipercayai mati direndam air panas sebelum disembelih, 12 warga asing ditahan
- Pemuda MCA sedia bantu guaman empat lelaki didakwa bakar rumah Rohingya
- Sistem paparan LED di Kluang digodam, papar kandungan tidak senonoh
Graduan kelas pertama kembali dapat pengecualian
Dalam masa sama, isu lain yang turut disentuh ialah penghentian sementara pengecualian bayaran balik untuk graduan ijazah sarjana muda kelas pertama. Mustapha menjelaskan, proses permohonan akan dibuka semula mulai 1 September menerusi laman sesawang rasmi PTPTN.
Beliau mendedahkan, sejak skim pengecualian itu diperkenalkan pada 2001, seramai 133,159 graduan telah menikmati manfaat dengan jumlah keseluruhan mencecah kira-kira RM2.9 bilion.
Sumber: Berita Harian








