Kerajaan Pahang mahu laksanakan 'Cukai Katil' untuk pelancong yang menginap di hotel, mulai 2020 - The Reporter

Kerajaan Pahang mahu laksanakan ‘Cukai Katil’ untuk pelancong yang menginap di hotel, mulai 2020

Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional dilaporkan akan mengenakan kutipan cukai kerajaan tempatan bagi perkhidmatan penginapan seperti bilik atau katil pada tahun hadapan. 
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kadar cukai itu hanya akan dikenakan kepada pelancong yang mengunjungi negeri Pahang sahaja.
Pengenalan cukai bilik atau katil itu dilaksanakan bagi mengikuti langkah yang dibuat oleh kerajaan Melaka dan Pulau Pinang. Bagaimanapun kadar yang akan dikenakan masih dalam perbincangan. 
Mohd Sharkar turut menjelaskan bahawa jumlah tersebut tidak terlalu tinggi dan berkemungkinan sekitar hanya RM2, RM3 atau RM5.
Beliau berkata, sebanyak 8.3 juta pelancong melawat Bentong pada tahun lepas dan Pahang  menjadi destinasi pelacongan yang popular. Tambahnya lagi, Bentong mempunyai bilangan tertinggi kerana ramai pelancong yang suka berkunjung ke Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Data diperoleh itu melibatkan pelancongan yang bermalam sama ada di hotel atau inap desa. 
Bagaimanapun, beliau percaya jumlah itu mungkin bertambah sekiranya mengambil kira pengunjung yang tidak menginap.
Mohd Sharkar juga menjelaskan bahawa Pahang adalah destinasi pelancongan yang dipilih  disebabkan kedudukan atau laluan masuk yang mudah.
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!