Anwar tunaikan janji MA63, Pemberian Khas Sabah meningkat hingga RM600 juta | The Reporter

Anwar tunaikan janji MA63, Pemberian Khas Sabah meningkat hingga RM600 juta

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiri di hadapan latar bendera Sabah, melambangkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap MA63 dan peningkatan Pemberian Khas Sabah.
Anwar Ibrahim tekankan komitmen MA63, Pemberian Khas Sabah meningkat kepada RM600 juta di bawah Kerajaan MADANI. | Sumber gambar: Pejabat Perdana Menteri / Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan MADANI meningkatkan kadar pemberian khas kepada Sabah bagi tahun 2025 kepada RM600 juta, peningkatan ketara berbanding hanya RM26.7 juta pada tahun 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran penuh telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 10 September lalu.

Menurut beliau, keputusan itu bersifat sementara sementara formula baharu sedang dirumus bersama Kerajaan Sabah bagi memastikan kaedah pengiraan pemberian khas yang lebih adil dan mampan.

“Pada 2025, Kerajaan Persekutuan melaksanakan kajian semula dan bersetuju menaikkan sekali ganda lagi pemberian khas kepada RM600 juta berbanding RM26.7 juta ketika kerajaan terdahulu. Namun, keputusan ini bersifat interim,” katanya dalam Sesi Penerangan Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga:

Komitmen penuh terhadap tuntutan MA63

Anwar turut menegaskan bahawa langkah ini menzahirkan komitmen kerajaan untuk menunaikan semua tanggungjawab terhadap Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau memaklumkan, perbelanjaan persekutuan di Sabah kini mencecah RM17 bilion bagi tempoh 2025 hingga 2026, melebihi hasil kutipan di negeri itu sebanyak kira-kira RM10 bilion setahun. Setakat ini, sebanyak 13 tuntutan MA63 telah diselesaikan termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan negeri serta pengiktirafan jabatan teknikal Sabah di bawah Arahan Perbendaharaan 182.

Sumber: Berita RTM

Related Posts