'Kerajaan hanya tampung elaun perjalanan peserta' - Latihan Percubaan Siri 1 PLKN, tiada elaun harian | The Reporter

‘Kerajaan hanya tampung elaun perjalanan peserta’ – Latihan Percubaan Siri 1 PLKN, tiada elaun harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, tiada perbincangan mengenai elaun harian kepada peserta yang mengikuti kursus Latihan Percubaan Siri 1 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Bagaimanapun katanya, kerajaan hanya bersedia menampung tuntutan elaun perjalanan peserta.

“Kerajaan bersetuju untuk menampung kos pengangkutan perjalanan sahaja pergi dan balik. Maknanya elaun perjalanan sahaja dengan jumlah yang telah diputuskan kos sehari setiap peserta.

“Kerajaan tidak ada perbincangan, tidak ada persetujuan jadi sebenarnya elaun yang kerajaan bersedia untuk tampung ialah elaun tuntutan perjalanan tidak kepada elaun setiap hari latihan PLKN ini, katanya.

Menurutnya, Latihan Percubaan Siri 1 PLKN akan bermula Januari tahun hadapan dengan melibatkan 200 peserta yang terpilih daripada 564 permohonan yang diterima.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan setiap kem wataniah terpilih bagi latihan akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta tidak wujud unsur ‘senior junior” menerusi kem berkenaan.

‘”Setiap kem kita akan menyediakan seramai 32 warden yang akan bertugas 24 jam, setiap kem sekali pengambilan ini tak ramai, yang pertama 200, yang kedua akan datang 500.

“Itu nanti sahaja dengan kehadiran warden-warden, kita akan pasang CCTV di kem wataniah itu. Kawasan buli ini ada senior dan junior manakala peserta ini datang sama masa tiada kekal tiada baru, jadi tidak ada senior junior,” katanya lagi.

Sumber: Berita RTM

Related Posts