Kerajaan didesak batalkan konsert Coldplay yang didakwa menyokong LGBTQ | The Reporter

Kerajaan didesak batalkan konsert Coldplay yang didakwa menyokong LGBTQ

Coldplay didakwa menyokong komuniti LGBT dan hal ini mengundang beberapa pihak di Malaysia menggesa kerajaan membatalkan konsert jelajah Coldplay di Malaysia pada November ini

Coldplay baru-baru ini telah mengumumkan mereka akan mengadakan konsert jelajah di Kuala Lumpur pada 22 November ini dan CIMB Bank merupakan penaja utama bagi konsert tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengucapkan selamat datang kepada kumpulan berkenaan.

Di media sosial, para peminat menyuarakan keterujaan mereka dengan tersebut. Ada yang gembira dan tidak sabar menantikan kehadiran Coldplay.

PAS desak batalkan konsert Coldplay

Dalam masa yang sama, ada juga yang membuat pelbagai perspektif mengenai Coldplay yang didakwa sebagai sekutu kepada komuniti songsang atau LGBTQ.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Nasrudin Hassan, turut mendesak kerajaan untuk membatalkan konsert itu. Mereka melabelkan konsert itu sebagai tidak membawa sebarang kebaikan untuk negara, agama dan rakyat.

“Apakah kerajaan bermaksud mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini?” katanya.

Poster konsert didakwa jelas menunjukkan warna ‘LGBTQ’

Menurut seorang pengguna Twitter, Abu Al-Nasr Al-Farabi, mendakwa Chris Martin merupakan penyokong hak asasi kumpulan songsang itu dan pernah beberapa kali mengibarkan bendera ‘pelangi’ yang mewakili golongan berkenaan.

“Sejak awal kerjaya, Chris Martin telah menyokong hak gay. Dia sering mengibarkan bendera LGBT di konsert Coldplay. Pertunjukan half time Super Bowlnya dinamakan sebagai salah satu detik LGBT terbesar oleh The Advocate,” katanya.

Abu juga memetik nama beberapa pihak untuk mengambil tindakan yang seterusnya.

“Poster memang clear cut dah pengaruh LGBTQ, sila siasat dan batalkan konsert ini,” katanya

Coldplay pernah buat lagu Freedom for Palestine


Dakwaan lelaki itu bagaimanapun dikritik oleh netizen yang mempersoalkan, mengapa semasa penganjuran konsert Billie Eilish, isu itu tidak timbul? Sedangkan Billie secara jelas dan terang menyokong golongan songsang berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi kelab, artis-artis tertentu yang menyokong ke arah LGBTQ tetapi tidak dipertikaikan seperti mana yang dilakukan terhadap Coldplay.

Ada juga netizen yang berkongsikan tentang fakta mengenai Coldplay pernah berkongsikan sebuah lagu yang bertajuk ‘Freedom for Palestine.’

Sumber: Abu Al-Nasr Al-Farabi, Nasrudin bin Hasan

Related Posts