Kerajaan bersedia tapis kandungan di platform penstriman | The Reporter

Kerajaan bersedia tapis kandungan di platform penstriman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia tidak akan membenarkan filem yang mempromosi gaya hidup LGBTQ ditayangkan di negara ini, demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, filem yang mengandungi unsur-unsur seperti komunisme, Islamofobia, dan ajaran yang bertentangan dengan akidah Islam juga tidak akan diluluskan.

Ini kerana terdapat peningkatan dalam jumlah filem yang memasuki pasaran Malaysia dengan unsur-unsur tersebut.

Dalam sesi penerangan di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin menegaskan Malaysia tidak pernah meratifikasi konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ dan tidak pernah mengiktiraf gaya hidup LGBTQ.

Dalam sesi penerangan itu, ada beberapa Ahli Parlimen berbahas mengenai isu ini. Salah seorang daripada mereka, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), mengusulkan agar kerajaan menyekat kandungan filem yang tidak bersesuaian di platform penstriman seperti Netflix.

Menjawab perkara itu, Saifuddin Nasution menjelaskan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) tidak memberi kuasa kepada LPF untuk mengawal filem dan bahan di platform penstriman dan Over The Top (OTT).

Namun, KDN bersedia berbincang dengan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan perluasan bidang kuasa LPF.

Sumber: Bernama

Related Posts