Kepulangan Gusmao ke Timor-Leste disambut meriah, bendera Malaysia dikibarkan raih tumpuan | The Reporter

Kepulangan Gusmao ke Timor-Leste disambut meriah, bendera Malaysia dikibarkan raih tumpuan

Rakyat Timor-Leste mengibarkan bendera Malaysia semasa menyambut kepulangan Xanana Gusmao.
Gambar tangkap layar merakamkan momen Gusmao disambut meriah dan kelihatan Jalur Gemilang turut dikibarkan,

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Telatah Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Selain gelagatnya yang mencuit hati, beliau turut menjadi tumpuan media apabila sering dilihat memberikan gula-gula atau manisan kepada wartawan yang membuat liputan.

Namun, di sebalik keperibadian bersahaja itu, kunjungannya ke Malaysia turut meninggalkan detik bersejarah apabila Timor-Leste secara rasmi diterima sebagai anggota baharu ASEAN.

Digelar sebagai ‘adik bongsu ASEAN’, penyertaan rasmi negara tersebut diumumkan pada 26 Oktober lalu dalam majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peristiwa bersejarah itu bukan sahaja mengundang rasa sebak buat Gusmao, malah rakyat Timor-Leste turut meraikan kepulangannya dengan penuh meriah.

https://www.tiktok.com/@jesslyn20165/video/7566515753319501074?_r=1&_t=ZS-90zmWDhPZgL

Menerusi beberapa hantaran yang tular di media sosial, Gusmao diraikan sejak dalam penerbangan pulang apabila penumpang bersama-sama menyanyikan lagu “Together We Rise, Together We Shine.”

Setibanya di tanah air, beliau disambut dalam perarakan besar-besaran yang dihadiri ribuan rakyat jelata.

Baca juga:

Menariknya, bendera Malaysia turut dikibarkan oleh rakyat Timor-Leste sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan penerimaan rakyat Malaysia.

https://www.tiktok.com/@semiterio69/video/7566598353677536520?embed_source=121374463%2C121468991%2C121439635%2C121749182%2C121433650%2C121404359%2C121497414%2C121477481%2C121351166%2C121811500%2C121896267%2C121860360%2C121487028%2C121331973%2C120811592%2C120810756%2C121885509%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=www.kosmo.com.my%2F2025%2F10%2F30%2Fvideo-malaysia-abang-kesayangan-kami-jalur-gemilang-dikibar-sambut-gusmao%2F&referer_video_id=7566598353677536520

Di ruangan komen media sosial, rata-rata warga Timor-Leste dan Malaysia saling mengucapkan terima kasih dan tahniah atas hubungan persahabatan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

Related Posts