• Miki Zohar tuduh Iran serang hospital dan gelar mereka “manusia keji.”
• Iran nafikan sasar hospital dan dakwa sasaran adalah kemudahan tentera Israel.
• Netizen dan NGO persoal hipokrasi Israel berikutan ratusan serangan ke atas hospital di Gaza.
Menteri Kebudayaan dan Sukan Israel, Miki Zohar, menuduh Iran melakukan jenayah kemanusiaan apabila mendakwa peluru berpandu negara itu menyasarkan hospital di Israel yang menempatkan pesakit kanak-kanak dan warga emas. Dalam kenyataan di X, Zohar menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keji.
“Hanya manusia keji yang menembak peluru berpandu ke arah kanak-kanak dan warga emas yang terlantar di katil hospital,” katanya.
The evil Iranian regime has crossed every moral line. Only the scum of the earth fires missiles at hospitalized children and elderly people in their sick beds.
— Miki Zohar מיקי זוהר (@zoharm7) June 19, 2025
Let the whole world know: this is a cruel terrorist regime that must be uprooted, for the security of Israel and the… pic.twitter.com/5fCb4RFgP4
Zohar turut menyeru agar masyarakat antarabangsa melihat Iran sebagai ancaman kepada dunia, menyifatkan Iran sebagai “kejam dan pengganas yang perlu dihapuskan.”
Iran nafikan serangan sasar hospital
Bagaimanapun, kerajaan Iran menafikan tuduhan itu. Jurucakap Kementerian Luar Iran menyatakan sasaran sebenar adalah kemudahan ketenteraan Israel di kawasan Gav-Yam Negev Advanced Technologies Park dan hospital berdekatan hanya terkena kesan gelombang letupan. Mereka turut mendakwa hospital tersebut telah dikosongkan lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.
Kenyataan Zohar mengundang reaksi pelbagai pihak di media sosial. Aktivis pro-Palestin seperti Jackson Hinkle menolak dakwaan itu, menyifatkannya sebagai “propaganda Zionis” kerana Israel sendiri dituduh sering mengebom hospital di Gaza.
Menurut Pengarah Kesihatan Gaza, Dr. Muneer Alboursh, sejak 7 Oktober 2023, lebih 498 serangan Israel telah dilaporkan ke atas fasiliti kesihatan di Gaza. Angka itu termasuk 917 kematian, lebih 1,000 cedera, serta 1,581 kakitangan perubatan yang terbunuh dan 360 lagi ditahan.
Netizen persoal hipokrasi dan propaganda
Tindakan Israel mengecam Iran turut mencetuskan kritikan meluas di media sosial. Ramai pihak menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ironi, memandangkan Israel sendiri berdepan tuduhan antarabangsa kerana melakukan ratusan serangan ke atas hospital dan fasiliti kesihatan di Gaza.
Shifa Hospital and Ambulances in Gaza were bombed by Israel. Israel is the terrorist. pic.twitter.com/chJi8eqhzg
— Habib Asyalı (@AsyalHabib) June 19, 2025
Netizen juga mempersoalkan penempatan pusat tentera Israel berhampiran hospital yang dianggap membahayakan pesakit dan membolehkan Israel memanipulasi naratif kononnya hospital menjadi sasaran utama serangan musuh untuk meraih simpati dunia.








