Kentut di depan isteri dikategorikan sebagai zalim & aib, usah jadikan seperti kaum Nabi Luth sering berbalas kentut dalam acara mereka - The Reporter

Kentut di depan isteri dikategorikan sebagai zalim & aib, usah jadikan seperti kaum Nabi Luth sering berbalas kentut dalam acara mereka

Gambar hiasan sahaja.

Ada beberapa perkara yang kita menganggap hanya perkara biasa apatah lagi apabila sudah lama mendirikan rumah tangga. Namun sebenarnya ada perkara yang masih perlu dijaga dan ditutup dengan pasangan suami isteri.

Menerusi satu perkongsian, satu perkara yang dianggap ringan oleh pasangan adalah mengenai kentut.

@maziah_mohamed

hak seorang Muslim atas Muslim yang lain adalah dia tidak menyakiti (dengan sengaja kentut kepada orang lain) dan tidak disakiti (mengejek dan mentertawakan) saudaranya.#kentut

♬ Sholawat Jibril (Do’a) – Barokah

“Dari sudut hukum, ia membatalkan wuduk manakala dari sudut budaya ia boleh memberikan aib jika berlaku di khalayak ramai. Dari sudut adab pula, Nabi S.A.W melarang perbuatan mentertawakan orang yang terkentut,” tulis kenyataan itu.

Tindakan/sikap tidak terpuji

Individu yang sengaja mengeluarkan kentut di depan orang dianggap tindakan tidak terpuji dan membahayakan dan tidak patut dilakukan oleh orang-orang yang memiliki keluhuran budi atau martabat.

“Jika suami anda telah berbuat demikian (kentut) di depan anda, maka dia telah berbuat zalim. Sekiranya dia sakit atau ada sebab-sebab lain, dia masih boleh jauhkan dirinya saat dia ingin berbuat demikian supaya tidak terganggu dengan bau tersebut.

“Bersabar lah dengan sikap suami dan nasihati secara lembut,” tulisnya.

Memetik dari sumber Konsultasi Syariah, beberapa hujah yang diperkatakan bagi menguatkan kenyataan tersebut.

Pertama, firman Allah Ta’ala,

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ

“Wahai para suami, perlakukanlah mereka dengan cara yang baik…” (Surah An-Nisa’ : 19)

Kedua, menjaga maruah (martabat/wibawa). Seorang muslim adalah makhluk Allah yang mulia, memiliki martabat yang tinggi. Sepatutnya dia menjauhi segala perbuatan yang dapat menjatuhkan maruahnya. Kentut sembarangan, diantara tindakan yang bercanggah dengan maruah. Individu perlu suburkan rasa malu dalam diri kerana malu dapat mencegah seseorang dari tindakan perkara yang tidak elok

Ketiga, kebiasaan kaum Luth. Ada yang menganggap apabila sudah lama berkahwin, kentut tidak menjadi isu bah kah menjadi satu perkara jenaka. Namun begitu, perkongsian ini menyebut kentut sebarangan adalah kebiasaan kaum Nabi Luth.

Allah berfirman,

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ ٱلرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ ٱلسَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِى نَادِيكُمُ ٱلْمُنكَرَ ۖ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوا۟ ٱئْتِنَا بِعَذَابِ ٱللَّهِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٢٩

“Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”. (Surah Al-Ankabut: 29)

Dalam tafsir Al Qurtubi pada tafsiran ayat di atas dijelaskan,

وقالت عائشة وابن عباس والقاسم بن أبي بزة والقاسم بن محمد : إنهم كانوا يتضارطون في مجالسهم

Aisyah, Ibnu Abbas, Al Qosim bin Abi Bazzah dan Al Qosim bin Muhammad menjelaskan makna “melakukan kemungkaran di tempat-tempat pertemuan kalian”

(وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ),

“Mereka memiliki kebiasaan saling berbalas kentut di acara-acara mereka.”

Sumber: Konsultasi Syariah, Azie_Maziah

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!