Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pengumuman pemberian bantuan khas, hari ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Syed Saddiq juga memberi peringatan kepada Kerajaan Perpaduan untuk tidak mengulangi budaya kerajaan lama yang gemar memberi ‘gula-gula’ pilihan raya.
“Biasanya kita dengar bantuan khas ini diberikan apabila pembentangan bajet, musim perayaan. Tapi sekarang? Why the sudden announcement? Sebab minggu depan Pilihan Raya Negeri (PRN)?
“Dulu bila pihak lawan buat perkara yang sama (dilabel) ‘Cash is King’, ‘Kerajaan BN Tabur Gula-Gula’. Sekarang? Buat benda yang sama?
“Jangan kita ulang budaya ‘election goodies’ kerajaan dahulu. Be better,” katanya.
Biasanya kita dengar bantuan khas ini diberikan apabila pembentangan bajet, musim perayaan.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 27, 2023
Tapi sekarang? Why the sudden announcement? Sebab minggu depan PRN?
Dulu bila pihak lawan buat perkara yang sama,
"Cash is King", "Kerajaan BN Tabur 'Gula-Gula'".
Sekarang? Buat benda… https://t.co/0ALvZvgpxn
Pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan tawaran kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Inisiatif itu membabitkan peruntukan kira-kira RM1 bilion yang memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, terutamanya daripada golongan B40 dan M40.
Selain itu, Anwar turut mengumumkan bantuan khas RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah (termasuk kontrak), dan RM200 untuk pesara kerajaan yang akan diberikan dalam tempoh dua minggu.
Pemberian bantuan khas itu adalah sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.
Sumber: Twitter Syed Saddiq, Harian Metro