Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selama bertahun-tahun, orang ramai tertanya-tanya mengapa tandas awam sering dilengkapi dengan pelapik tandas yang terbuka di bahagian hadapan. Kini, misteri tersebut terungkai dengan penjelasan pakar.
Hugo Aguilar dari Persatuan Antarabangsa untuk Paip dan Peraturan Mekanikal (IAPMO) menjelaskan, pelapik tandas terbuka di bahagian hadapan direka bagi mengurangkan penyebaran kuman dan cecair tubuh antara pengguna.
“Pelapik terbuka dan mangkuk tandas yang memanjang di tandas awam membantu mengurangkan risiko pengguna bersentuhan dengan pencemaran yang mungkin ditinggalkan oleh pengguna terdahulu,” kata Aguilar.
Selain faktor kebersihan, reka bentuk ini juga memudahkan proses membersih, terutama bagi pekerja pembersihan. Ia turut menjimatkan kos, kerana reka bentuk tersebut memerlukan bahan yang lebih sedikit.
Pelapik tandas jenis terbuka ini biasanya ditemui di tandas awam kerana ia mampu mengurangkan risiko penyebaran bakteria atau kuman, terutamanya dalam persekitaran yang sering digunakan oleh orang ramai.
Lynne Simnick, pengarah kanan pembangunan kod di IAPMO, turut menjelaskan kepentingan reka bentuk ini khususnya untuk wanita. Dalam temubual bersama Slate pada tahun 2013, beliau menerangkan reka bentuk terbuka ini memudahkan wanita untuk membersihkan kawasan perineum selepas menggunakan tandas, sekaligus mengurangkan risiko bersentuhan dengan pelapik yang tidak bersih.
Simnick juga menambah, reka bentuk ini memberi manfaat kepada lelaki kerana ia mengelakkan kawasan yang mungkin tercemar dengan air kencing, sekali gus mengurangkan sentuhan dengan alat kelamin.
Kod Paip Seragam IAPMO turut menggariskan “pelapik tandas untuk kegunaan awam mestilah daripada jenis yang memanjang dan sama ada jenis terbuka di bahagian hadapan atau dilengkapi dispenser penutup automatik.”
Sumber: Daily Mail








