Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu hantaran tular yang menunjukkan sekumpulan pekerja di sebuah bank di utara melakukan piket sebagai bantahan terhadap tindakan seorang pegawai atasan yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap pekerja.

“Kenapa masih simpan lagi jantal sundal ni?” tertera ayat di kain rentang yang dipegang pekerja.
Lebih mengecewakan, pegawai atasan berkenaan dikatakan tidak dikenakan tindakan, sebaliknya mangsa telah digantung kerja.
“Mangsa yang buat laporan dah digantung kerja. Tapi pelaku tidak di hukum!
“Dunia dah terbalik,” tulis hantaran tular berkenaan.
Difahamkan, selain daripada bantahan isu berkenaan, pekerja-pekerja bank tersebut juga melakukan bantahan terhadap seorang lagi pegawai yang dikatakan bersikap racis.
Ada yang mengatakan piket berkenaan bukan sahaja dibuat oleh pekerja di bank berkenaan, malahan terdapat pekerja bank di cawangan lain turut memberikan sokongan.








