'Kenapa kau bunuh budak-budak?!' - Kanak-kanak ditemui mati dengan kepala tersepit di celah pokok, torehan di tangan & kaki diikat - The Reporter

‘Kenapa kau bunuh budak-budak?!’ – Kanak-kanak ditemui mati dengan kepala tersepit di celah pokok, torehan di tangan & kaki diikat

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dalam keadaan kepalanya tersepit pada celah pokok kecil. 

Timbalan Ketua Polis Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, mayat mangsa ditemui oleh ibunya sendiri di kawasan semak di Kampung Panji, pada jam 3 petang semalam, Sabtu. 

Terdahulu, polis menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penemuan mayat mangsa. Menurut maklumat, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan terdapat kesan ikatan pada tangannya. 

Difahamkan, mangsa sebelum itu keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari dan sejak dari itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa berusia 20-an cuba mencari anaknya di sekitar kawasan kampung dan menemui mayat anaknya pada jam 3 petang. 

Ketika ditemui, terdapat kesan luka di bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kira. Manakala tangan kanannya diikut menggunakan tali. Kepala mangsa turut tersepit di antara dua belah pokok kecil. 

Pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tajam berikutan ada kesan torehan di kedua belah tangannya. 

Susulan penemuan mayat mangsa, seorang suspek warga asing berusia 30-an telah berjaya ditahan. Menurut maklumat, suspek adalah individu terakhir yang dilihat bersama dengan mangsa. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah dan dipercayai kurang siuman. 

Turut ditahan, ibu bapa mangsa berusia 20-an dan 30-an untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!