Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Apabila tibanya bulan Ramadan, pastinya ramai yang ingin bersama-sama menikmati momen bersahur dan berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga.
Jika masih mempunyai keluarga, ini dikatakan rezeki yang dipinjamkan untuk kita meraikan kenangan itu bersama-sama terutamanya dengan ibu dan ayah.
Namun, hantaran seorang lelaki yang dikenali sebagai Abah Harun meruntun hati ramai apabila dikatakan hanya bersahur dan berbuka puasa seorang diri. Tidak dapat dipastikan kemana pergi keluarga dan anak-anaknya, namun setiap hantaran yang dimuatnaik pastinya terselit kisah sedih.
“Selamat bersahur semua. Andai anak-anak Abah lihat, bukalah hati mu anakku. Terluka hati abah bila kau berjaya, sampai tanya khabar berita pun tidak,” tulisnya.
Difahamkan, Abah Harun yang tinggal di Muar itu mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya selain penyakit-penyakit lain.
Menerusi beberapa hantaran lain juga, dikatakan Abah Harun telah dibuang kerja sebagai pengawal keselamatan kerana faktor penyakit.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib dan keadaan Abah Harun serta mendoakan kesembuhan dan kemudahan buatnya. Ada juga yang mencadangkan untuk berbuka bersama-sama dengan Abah Harun membuatkan Abah Harun terharu dengan usaha yang dibuat oleh pengguna-pengguna TikTok.