Gambar Hiasan |
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
JAKARTA – Tindakan seorang wanita membuat laporan polis terhadap suaminya yang telah menderanya secara fizikal mengundang maut apabila lelaki itu memukul dan menyepak kemaluannya sehingga mati.
Dalam kejadian 11 Julai lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Elin, 21, pada awalnya hanya mengalami lebam di bahagian muka akibat dipukul oleh lelaki itu ketika mereka sekeluarga pergi beraya di rumah orang tuanya.
Geram dengan tindakan suaminya, mangsa membuat aduan di balai polis, tanpa menyedari dirinya diekori oleh lelaki itu.
Selesai membuat laporan, lelaki terbabit berdepan dengan mangsa dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu menghayunkan tangan dan terkena pada wajah mangsa.
Elin yang pada ketika itu sedang mendukung anaknya yang berusia 2 tahun, tersungkur ke tanah. Di kesempatan itu, suaminya terus menyepak kemaluan isterinya bertubi-tubi menyebabkan mangsa menjerit kesakitan sebelum tidak sedarkan diri.
Setelah puas membelasah mangsa, lelaki beredar meninggalkan mangsa dan anaknya, lalu menyerah diri di balai polis tidak lama kemudian.
Lelaki itu membuat pengakuan bahawa dia telah menyepak kemaluan isterinya sebanyak 6 kali selain dari memukul wajah isterinya serta kepala.
Mangsa yang ditemui oleh orang awam dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor, mangsa mengalami pendarahan di bahagian rahim yang amat kritikal sehingga kehilangan nyawa.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan kejadian itu berlaku dan suspek telah membuat pengakuan dan sudah dijatuhkan hukuman. – PIXEL MEDIA