Kejam! 2 lelaki lempar seekor anjing ke sungai untuk dijadikan sebagai santapan buaya - The Reporter

Kejam! 2 lelaki lempar seekor anjing ke sungai untuk dijadikan sebagai santapan buaya

Sekumpulan lelaki di Kalimantan Utara tergamak melempar seekor anjing ke sungai untuk dijadikan sebagai santapan buaya

Aksi keji sekumpulan lelaki di Sembakung, Kalimantan Utara, Indonesia yang menganiaya seekor anjing untuk dijadikan sebagai makanan buaya, tular di media sosial.

Sekumpulan lelaki itu tanpa sebarang rasa bersalah mahupun belas kasihan tergamak melemparkan seekor anjing ke sungai untuk dijadikan sebagai santapan buaya.

Berdasarkan video yang tular, dua lelaki menangkap anjing malang itu dan perbuatan mereka itu dirakam oleh rakan yang turut bersubahat dalam kejadian tersebut.

Tidak diketahui apa yang merasuk fikiran mereka. Tiada sedikit pun rasa belas kasihan dengan kiraan satu dua dan tiga mereka melempar anjing itu ke dalam sungai yang dipenuhi dengan buaya.

Setelah puas melihat anjing itu dibaham oleh buaya, mereka bergelak ketawa.

Menurut laporan media Indonesia, perbuatan sekumpulan lelaki terbabit mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Sepatutnya mereka yang menjadi santapan buaya. Semoga perbuatan kalian semua pada makhluk ciptaan Allah itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal,” kata netizen.

Salah seorang suspek bernama Jajang sudah ditahan untuk membantu siasatan, manakala tiga lagi rakannya sedang giat dikesan oleh polis. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!