Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini berhubung protes yang sedang berlaku di seluruh Nepal.
Berikutan perintah berkurung yang dikuatkuasakan pihak berkuasa, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi segala arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Bagi rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar atau mengemas kini maklumat perjalanan di Nepal, mereka digesa berbuat demikian dengan segera melalui pautan https://ekonsular.kln.gov.my
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu.
Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia di Kathmandu turut merakamkan ucapan takziah dan simpati yang kepada semua mangsa yang terjejas akibat protes tersebut.
Baca juga:
- Video LEGO karya Mahdi Hemmat curi perhatian dunia, bawa naratif konflik semasa
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
‘Protes Gen Z’
Terdahulu, keganasan itu tercetus sehari selepas 19 orang terkorban manakala lebih 100 lagi cedera dalam protes dikenali sebagai “Gen Z”, yang bermula susulan larangan media sosial sejak Jumaat lalu.
Berikutan tekanan awam yang semakin memuncak, kerajaan pimpinan Perdana Menteri K.P. Sharma Oli pada Isnin menarik balik larangan tersebut, sebelum beliau mengumumkan peletakan jawatan pada Selasa.
Protes yang tercetus di Kathmandu, Pokhara, Butwal, Biratnagar dan beberapa bandar lain itu antara lain membantah dakwaan rasuah serta larangan media sosial. Minggu lalu, kerajaan Nepal menyekat platform utama seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube, X, Reddit dan LinkedIn selepas syarikat berkenaan gagal mendaftar dengan pihak berkuasa dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beberapa hantaran di media sosial mendakwa protes berkenaan bukannya berpunca dari larangan berkenaan, tetapi kerana rasa tidak puas hati yang telah lama berakar umbi terhadap isu rasuah, penindasan, kezaliman serta kepimpinan bercorak autokratik.
“Larangan media sosial hanyalah salah satu daripada pencetus, namun bukanlah sebab utama kepada kebangkitan rakyat yang berlaku di seluruh negara,” katanya.








