Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan (DNAA) pelawak dan pelakon Along Cham daripada satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis ganja, Disember tahun lalu.
Keputusan tersebut membuatkan Along melakukan sujud syukur.
Namun, Along dituduh semula di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah dalam badan.
Semasa prosiding di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman membebaskan artis itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan.
Sementara itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin menyifatkan penjara ibarat tempat dobi untuk mencuci hatinya.
Beliau yang telah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh lebih sebulan berkata, kes berkenaan telah menyebabkan kerjayanya terjejas.
“Tak sangka ketika sibuk ini, saya pula direhatkan, mungkin ini dugaan dan ujian Alla, saya masuk ‘dobi’ (penjara) untuk cuci hati.
“Terima kasih juga kepada pembenci saya, banyak juga fitnah yang saya dengar walaupun ketika berada di Penjara Sungai Buloh,” katanya.
Sumber: Sinar Harian