Sejak semalam, kontroversi yang melanda kumpulan Sepah semakin hangat diperkatakan. Bermula dengan sembang santai Mamat dan Shuib dalam Dol’s Podcast, disambung pula dengan teguran dari Jep yang meminta namanya tidak ditunggang.
Malah Jep turut menjelaskan apa yang disembang dalam podcast tersebut (tidak dinyatakan sebarang nama) kebanyakannya direka dan ditokok tambah.
Beberapa jam kemudian, Mamat pula memuat naik lirik lagu Olan berjudl Hitam Manisan, seolah-olah ditujukan kepada seseorang. Disusuli dengan Shuib yang memuat naik klip video pendek yang menyebut:
“Emang apa sih gak boleh? Sombong amat”
Dalam kemaskini terbaru, Shuib dilihat datang ke Kulai, Johor untuk makan tengah hari bersama Mamat. Turut kedengaran Mamat berkata, “Amacam? Kita tengah panas ni” dan Shuib membalas, “Kau relax, kau relax jer. Benda ni simple jer Mat. Kita makan tengah hari dulu”.
Shuib juga berkongsi gambar pertemuan mereka di Instagramnya sebentar tadi yang berlatarkan lagu Olan – Hitam Manisan.
Di ruangan komen, ramai netizen menasihatkan mereka bertiga berbaik kerana mahu melihat kumpulan Sepah kembali akrab seperti dahulu.
“Jep, Shuib, Mamat, kembalilah bersatu. Kami rindu tengok lawak korang bertiga,” kata netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang membuat spekulasi apa yang berlaku ini semua adalah marketing semata-mata.