'Kau ni Nurul, aku tak tahu nak bantu macam mana' - Abbe Hae | The Reporter

‘Kau ni Nurul, aku tak tahu nak bantu macam mana’ – Abbe Hae

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


September 2023, aktivis masyarakat, Abbe Hae, tampil membantu seorang ibu bersama dua anaknya yang hidup dalam serba kekurangan.

Pada awal pertemuan, Nurul dan anak-anaknya hidup dalam bilik sewa yang kotor dan hanya berbekalkan tilam yang sudah kehitaman. Anak-anaknya pula tiada pakaian dan kelihatan tidak terurus.

Atas dasar kemanusiaan, Abbe Hae tampil membantu membersihkan semula tempat tinggal Nurul dan memberi bantuan kepada tiga beranak itu dari segi pakaian dan barang-barang keperluan.

@abbehae2

Seperti hentakkan malaikat di kepala.. #abbehae #jagahakAllah #jejakjalanan

♬ Rapuh_ – Zali

Nurul bawa anak-anaknya lari

Bagaimanapun baru-baru ini, Abbe Hae mendapat maklumat tiga beranak itu telah melarikan diri untuk melakukan aktiviti meminta sedekah di Masjid Kampung Baru. Bertindak di atas maklumat itu, Abba Hae terus datang ke lokasi dan terus berdepan dengan Nurul dengan anak-anaknya yang tidak terurus.

“Abbe dapat maklumat diorang minta sedekah dekat sini. Nurul, kau dah duduk senang dekat Chow Kit tu. Duit bantuan RM1,000, dah cukup untuk kau dan anak-anak.

“Sekarang ini dah tak ada apa lah sebab kau lari. Kau buat hal, kau tahu tak? Kau tahu tak budak-budak ini aku buat macam anak aku? Merata tempat aku cari kau, tahu? Kalau orang tak bagi maklumat, mampus aku tak jumpa kau orang,” katanya.

@abbehae2

DIA BERHAK DIBERI PELUANG.. Sama-sama kita doa dia menjadi wanita dan ibu yang lebih baik selepas ini.. Kita tiada hak menghukum sesama manusia.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Abbe kemudian membawa tiga beranak itu kembali ke bilik sewanya. Sebaik saja tiba di bilik tersebut, Abbe mengeluh kesal melihat keadaan bilik yang serabut dan kotor.

“Kau ni Nurul, aku tak tahulah nak bantu kau macam mana. Dah habis kederat dah aku bantu kau ni. Sekarang ni kau dapat balik bilik macam ni. Bilik kau dulu, katil aku beli RM2,000. Dengan cat apa semua sekali, RM3,700. Tak sempat duduk dua tahun, kau dah lari,” katanya.

Beri peluang kedua

Walaupun begitu, Abbe percaya Nurul perlu diberi peluang kali kedua dan untuk itu, dia sekali lagi akan membantu memohon semula bantuan sewa bilik dan bantuan bulanan. Keseluruhan bantuan yang akan diperolehi Nurul adalah sebanyak RM1,500.

“Kau dah tak perlu nak minta sedekah. RM1,000 itu cukup untuk perbelanjaan kau dan anak-anak. Kalau Abbe bantu, kau nak lari lagi tak? Kau sumpah kau jangan lari,” ujarnya.

Perkongsian video itu mengundang banyak reaksi netizen yang majoriti meluahkan rasa kesal terhadap Nurul yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan Abbe.

Related Posts