'Kau bagi balik telefon aku!' - Tular video bekas pegawai kanan tertinggi polis bergaduh dengan isteri kedua - The Reporter

‘Kau bagi balik telefon aku!’ – Tular video bekas pegawai kanan tertinggi polis bergaduh dengan isteri kedua

Tular di media sosial kini video seorang lelaki yang menyerupai bekas pegawai kanan tertinggi polis bergaduh dengan seorang wanita yang dipercayai isterinya, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

Berdasarkan tiga video tersebut, lelaki terbabit yang memakai helmet berwarna merah dilihat mengambil telefon milik wanita yang membuat rakaman video tersebut dan seorang kanak-kanak pula cuba menghalangnya keluar daripada rumah. 

Dalam video kedua pula kedengaran mereka bertelagah mengenai tuntutan hak saham dan perniagaan masing-masing. Dalam masa sama lelaki itu cuba membuka sesuatu di tangannya yang kelihatan seperti jam. 

Apabila wanita itu menyebut sesuatu mengenai “Kau boleh kahwin lain”, kata-kata itu membuatkan lelaki terbabit berang dan dipercayai mengangkat tangan dan cuba merampas telefon itu daripada perakam. 

Video ketiga wanita itu meminta telefonnya dikembalikan. Tetapi lelaki terbabit mendakwa wanita itu telah memukulnya.

Tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku, namun di media sosial netizen dilihat sedang membanjiri Twitter lelaki itu dan bertanya apakah dia merupakan individu dalam video tular tersebut. 

Sebelum ini, media ada melaporkan seorang wanita membuat laporan polis bahawa dia dipukul oleh bekas pegawai kanan tertinggi polis di kediamannya pada 28 Februari lalu. 

Isteri kedua kepada bekas pegawai itu berkata, kejadian berlaku pada jam 8 malam yang berpunca daripada isu harta serta nafkah. Wanita berusia 40-an itu mendakwa dia dipukul di bahagian kepala dan belakangg leher. 

Sementara itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an itu turut tampil membuat laporan polis menerusi peguamnya di balai polis sama yang mendakwa dia dipukul oleh isterinya menggunakan helmet. 

Sumber: Twitter, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!