Kanak-kanak termakan keropok mengandungi racun meninggal dunia | The Reporter

Kanak-kanak termakan keropok mengandungi racun meninggal dunia

Sumber Gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kanak-kanak berusia tiga tahun yang termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Ahad lalu, meninggal dunia hari ini.

Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 8.30 pagi tadi.

Manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Terdahulu, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus.

Ibu mereka, Nurain Hasnorizal yang menyedari anak-anaknya muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Mereka kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas keadaan mereka kritikal.

Sebelum ini ibu mangsa ditanya mengenai tindakan yang bakal dibuat terhadap jirannya, namun katanya dia masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya memandangkan lebih menumpukan perhatian terhadap keadaan anak-anaknya yang ketika itu masih kritikal.

Sumber: Berita Harian

Related Posts