Kampung Baru tidak akan diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO - Menteri | The Reporter

Kampung Baru tidak akan diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO – Menteri

Gambar hiasan | Malai Adventure

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kampung Baru tidak akan diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menurut keputusan terkini kerajaan.

Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menjelaskan, keputusan itu dibuat untuk memastikan cadangan pembangunan semula Kampung Baru dapat berjalan dengan lancar.

Menurut beliau, pengiktirafan UNESCO memerlukan pemenuhan beberapa kriteria tertentu. Namun, beberapa kriteria tersebut tidak sejajar dengan ciri-ciri Kampung Baru pada masa ini.

Oleh itu, Kampung Baru akan dipromosikan sebagai bandar Melayu di Kuala Lumpur, selaras dengan Akta Perbadanan Kampong Bharu 2011 atau Akta 733.

Pembangunan di Kampung Baru akan melibatkan kerjasama antara pemilik tanah dan pihak berkepentingan lain, dengan fokus pada pembangunan yang dapat meningkatkan keadaan sosial ekonomi.

Ini selaras dengan visi dalam pelan induk pembangunan Kampung Baru 2040, yang melihat Kampung Baru sebagai pusat perdagangan dan penempatan inklusif di Kuala Lumpur.

Kampung Baru, yang merupakan perkampungan Melayu terbesar di ibu kota dan diwartakan pada tahun 1900, mempunyai keluasan asal sebanyak 90 hektar – bersamaan dengan 172 padang bola sepak. Ia adalah tempat yang kaya dengan warisan budaya dan sejarah.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts