Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dua minggu yang lalu, negara digemparkan dengan berita seorang pelajar tingkatan 3 melahirkan bayinya di surau sekolah sebelum ditemui oleh guru yang kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sebelum menghantar dia dan bayinya ke hospital untuk menerima rawatan.
Ekoran kejadian itu, pihak sekolah dan guru turut menerima tempias kritikan netizen yang mendakwa mereka tidak pandai menjaga dan mengambil tindakan bagi menangani kejadian itu, selain menunding jari pada ibu bapa pelajar berkenaan. Kritikan yang tidak berasas itu menyebabkan ada sesetengah warga pendidik yang kesal dan kecewa, sedangkan kuasa mereka terbatas dan jika bertindak sesuka hati, ibu bapa atau penjaga pelajar boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Berikut adalah kenyataan luahan dari seorang guru yang tidak dinamakan, menjelaskan mengapa mereka tidak dapat atau sukar mengambil tindakan yang disiarkan oleh laman Baitus Solehah.
Rentetan pelajar melahirkan anak di sekolah, luahan seorang guru:








