'Kami Tak Minta Lebih, Cukuplah Suami Sekadar Setia & Memahami Isteri' - The Reporter

‘Kami Tak Minta Lebih, Cukuplah Suami Sekadar Setia & Memahami Isteri’

Kisah di wad semalam (13 Julai). Seronok juga admit wad, dapat kenal ramai orang baru. Jiran sebelah, mengalami alahan yang teruk. Kasihan tengok. 6 botol air, tetapi muka masih pucat lesi. Bila makan, mesti muntah semula, selain tak boleh bangun dan muka pucat sentiasa. Namun dalam masa yang sama, dia mampu risaukan hal pejabat. 

Jiran depan, baru 24 minggu mengandung tetapi dah ada contraction. Dia menangis sepanjang masa kerana sakit perut dan baby mengeras. Tetapi tak boleh buat apa-apa sebab masih terlalu awal. Dalam kesakitan dan menahan air mata, doktor cucuk ubat matangkan paru-paru baby. 
Jiran depan lagi, tak sedar dirinya mengandung. Tiba-tiba saja perut sakit dan turun darah, terpaksa masuk wad. Dalam masa yang sama merayu meminta doktor memberikan keizinan padanya untuk pulang sebab teringat pada anak-anak dan suami di rumah, hal sekolah anak, hal pakaian, makan minum. Hampir setiap masa dia menghubungi suaminya. 
Perempuan, inilah perempuan. Betullah orang kata, mereka tidak akan pernah serik. Hari ini mereka sakit, risau, menangis dan susah hati, tetapi duk tak duk dalam tempoh sedekad, mereka buat perangai lagi. Coih lagi seorang. Sebab apa cakap macam ini? Bila tanya, semuanya anak kedua, ketiga. 
Input dekat sini, betapa kuatnya ciptaan Allah yang bergelar ‘Hawa’ ini. Sakit teramat menahan semata-mata untuk mendapatkan zuriat penyambung kasih untuk suami. 
Suami, kami tak minta lebih pun, cukuplah sekadar setia dan sayang kami seperti mana saranan Rasulullah. Cukuplah sekadar peluk dan ucapan doa di ubun-ubun setiap pagi dan malam. Cukuplah dengan memahami kami ketika kami letih, moody dan sebagainya. Cukuplah semua ini. 
Yang selebihnya pandai memasak, suka/rajin mengemas rumah segalanya itu adalah bonus yang Allah beri. Ya Allah, Engkau rahmatilah semua wanita di dunia. – Nursyamim Abd Rahim | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!