'Kami Dah Rasa, Hidup Lebih Seronok Dengan Anak-Anak Tanpa TV' - The Reporter

‘Kami Dah Rasa, Hidup Lebih Seronok Dengan Anak-Anak Tanpa TV’

Masa zaman sekolah dulu, cikgu Bahasa Inggeris saya selalu menggunakan perkataan ‘Idiot Box’ untuk televisyen. Baru sekarang nak cari kenapa televisyen ini dipanggil idiot box. 

Secara jujurnya, memang susah nak hidup tanpa televisyen pada mulanya di rumah kerana saya sendiri memang penonton televisyen tegar sejak dulu. 
Dulu, memang saya rasakan televisyen itulah pengikat kasih sayang keluarga apabila duduk bersama-sama menonton drama/filem. Rasa tenang nak buat kerja dengan anak-anak yang duduk senyap menonton kartun dari jam 2.30 petang sehingga jam 6 petang. Selepas habis slot kanak-kanak, tiba pula slot drama sampailah ke waktu maghrib. 
Tetapi sekarang, persepsi saya sudah berubah. Bila anak-anak sudah semakin membesar, saya dan suami mula berfikir nak cuba hidup tanpa televisyen. Hasilnya? 

  1. Anak-anak kurang tantrum
  2. Anak-anak senang mendengar arahan
  3. Fokus bertambah sebab tiada gangguan
  4. Lebih kreatif suka buat origami/art and craft, gembira melompat bila mama meminta membantu di dapur
  5. Senang mendengar nasihat
  6. Hidup lebih gembira rupanya
Kesan baik untuk saya dan suami:

  1. Tiada lagi fenomena menonton televisyen dan terus masuk ke dalam televisyen
  2. Kurang marah (saya) sebab anak-anak bila dipanggil terus menyahut
  3. Jadi rajin membaca bahan ilmiah, macam saya yang sangat suka membaca tentang pemakanan sihat, psikologi anak-anak dan motivasi
  4. Kerja rumah cepat selesai sebab tiada lagi menonton televisyen sambil melipat baju dan tiada lagi drama yang ditonton
  5. Senang nak solat di awal waktu
  6. Banyak masa untuk berborak dengan suami dan anak-anak
  7. Alhamdulillah segalanya yang baik itu daripada Allah
Kepada kawan-kawan, cubalah ‘buang’ televisyen itu sekejap. Kami dah rasa, memang hidup tanpa televisyen lebih seronok dengan anak-anak. Hubungan menjadi lebih rapat dan boleh create long term memori untuk anak-anak. 
Post ini sekadar ingin berkongsi pengalaman. Kalau ada rakan-rakan yang nak berkongsi pengalaman hidup tanpa televisyen di rumah, silakan. 

Nota: Dulu-dulu mama tak pernah miss tengok AJL, ABP, Anugerah Skrin. Sekarang pelakon pun tak kenal. – Widyana Ali | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!