‘Kami berpisah dengan cara baik’ – Shuk Sahar & Rossa Sera sah bercerai

Teka-teki kemelut rumah tangga Shuk Sahar dan Rossa Sera akhirnya terjawab apabila Shuk sudah mengesahkan dia sudah menceraikan isterinya dengan talak satu pada 22 Mac yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Shuk, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan cara baik bersama Sera selepas pulang dari menunaikan umrah pada Januari lalu.

“Sebenarnya, selepas balik umrah bersama, kami ada duduk berbincang dan kami buat keputusan untuk bercerai. Tapi kami berpisah pun dengan cara baik,” katanya.

Shuk memberitahu fokusnya kini hanya pada dua cahaya mata yang kini menetap di Sabah bersama bekas ibu mentua.

“Sekarang ni memang anak-anak fokus utama saya. Anak-anak pun tinggal di Sabah sebab Ain (anak sulung) dah masuk darjah satu.

“Saya okay sahaja. Buat masa ni, saya memang tengah aktif  berniaga di TikTok, tapi kalau ada tawaran berlakon, saya akan terima,” katanya.

Meskipun sudah berpisah, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik. Malahan, dia menjadikan penceraian itu sebagai pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri. Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,”katanya.

Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya matai aitu Nur Qurratu Ain,7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Sumber: mStar Online, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!