'Kami berdua setuju berpisah atas dasar tiada persefahaman' - Mawar Rashid & Raf Yaakob bercerai - The Reporter

‘Kami berdua setuju berpisah atas dasar tiada persefahaman’ – Mawar Rashid & Raf Yaakob bercerai

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Mawar Rashid dan suami, Raf Yaakob akhinya terjawab apabila mereka mengesahkan bersetuju untuk bercerai atas dasar tiada lagi persefahaman.

Mawar, menerusi hantaran di Intagram menyatakan fokus utama mereka sekarang adalah memberi seluruh sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka.


“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya kekal berhubungan baik,

“Fokus kami sekarang adalah memberi sokongan dan kasih sayang yang diperlukan oleh anak-anak kami.

“Kejayaan hubungan kekeluargaan bermula dari ibu bapa dan itu yang kami akan usahakan bersama biarpun tidak lagi berdua,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Mawar memohon agar menghormati kenyataan yang dikeluarkan mereka berdua selain meminta agar tiada spekulasi atau tohmahan negatif dibuat.

“Kami berdua sedih dan sesal untuk berkongsi berita duka ini kepada kamu semua. Tetapi, ini adalah yang terbaik untuk kelangsungan hidup kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga, untuk doa-doa yang baik. Itu amat bermakna untuk kami.

“Ini adalah kenyataan rasmi yang pertama dan terakhir dari kami. Harap semua pihak menghormati keputusan ini,” ujarnya.

Hantaran yang sama turut dimuatnaik oleh Raf menerusi Instagram story beliau.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber: Mawar Rashid, Utusan Online

Total
0
Shares
Total
0
Share