'Kalau tak menjual, apa isteri & anak saya mau makan?' - Rahman (Rohingya) akui tiada pilihan lain | The Reporter

‘Kalau tak menjual, apa isteri & anak saya mau makan?’ – Rahman (Rohingya) akui tiada pilihan lain

Pelarian Rohingya dikesan berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penjaja etnik Rohingya, Rahman, 41, mengakui menjual sayur secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur bagi menyara isteri dan anak-anaknya sejak tiga tahun menetap di negara ini.

Biarpun barang jualannya kerap disita oleh pihak berkuasa tempatan, dia tetap kembali ke lokasi yang sama kerana tiada pilihan lain.

“Jika saya tidak menjual (berjaja), apa isteri dan anak-anak mahu makan? Saya tidak boleh kerja lain sebab pegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perlarian (UNHCR).

“Sebab itu, walaupun barang jualan saya selalu disita, saya akan datang semula untuk berniaga kerana itu satu-satunya punca pendapatan saya untuk menyara keluarga.

“Saya perlu cari makan, bayar sewa rumah dan lain-lain. Jadi, saya mesti berniaga kerana tiada kerja lain yang saya boleh buat,” katanya memetik laporan Harian Metro, Khamis.

Difahamkan, Rahman mengambil bekalan sayuran daripada pembekal di sekitar pasar borong itu sebelum dijual dengan harga murah kepada orang awam. Rahman tidak kisah walaupun mendapat keuntungan yang kecil dan apa yang penting adalah keuntungan kecil yang diperolehinya itu mampu menyara keperluan keluarganya.

Syukur rakyat Malaysia ‘baik hati’ boleh terima Rohingya

Seorang lagi peniaga etnik Rohingya, Sultan, 48, mengakui sedar akan perbuatan berjaja secara haram di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang itu adalah salah, tetapi dia terdesak untuk menyara keluarganya.

“Saya tahu itu salah tapi apa saya boleh buat untuk hidup? Saya kena cari makan untuk anak dan isteri sebab kerja lain juga tidak boleh buat.

“Sebab itu saya beli barang jualan di pasar ini dan jual semula kepada pembeli pada harga RM2 seikat, bergantung kepada jenis sayur.

“Jika kami tidak bekerja, kami tidak akan mampu meneruskan kelangsungan hidup. Jadi kami akan bekerja menjaja sayur, mengutip besi buruk, buruh kerja, memotong rumput, buruh kasar dan apa jua pekerjaan.

“Saya bersyukur rakyat Malaysia ‘baik hati’ dan boleh menerima kami. Masalah kami hanyalah pihak berkuasa tempatan yang akan mengambil tindakan jika mendapati kami menjaja di kaki lima.

“Kami bukan tidak mahu pulang ke negara asal, namun ia ibarat menghantar nyawa berikutan junta tentera Myanmar mahu menghapuskan kewujudan bangsa kami di sana,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts