'Kalau rasa tak sesuai & tak suka, jangan tengok' - Amelia Henderson jawab kritikan netizen tentang filem Pulau - The Reporter

‘Kalau rasa tak sesuai & tak suka, jangan tengok’ – Amelia Henderson jawab kritikan netizen tentang filem Pulau

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac depan, dihujani dengan kecaman netizen ekoran video trailer filem itu didakwa mengandungi banyak babak bertentangan dengan budaya tempatan. 

Pelakon utama filem itu, Amelia Henderson berkata, mana-mana individu yang berasa tidak sesuai atau tidak suka tidak perlu menonton filem tersebut. 

“Orang kena tengok movie itu dulu dan tengok karekter saya dalam filem itu macam mana. Tapi kalau dah tengok dan berasa tak sesuai dan tak suka, jangan tengok,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro. 

Dalam pada itu, Amelia juga menafikan dirinya terbabit dengan babak-babak panas. Malah dia menegaskan babak-babak panas itu tiada kena mengena langsung dengan jalan cerita untuk watak dilakonkannya dalam filem itu. 

“Saya fokus pada watak dan jalan cerita watak saya saja. Saya hanya ambil tahu mengenai watak saya saja supaya saya boleh menjiwai watak saya sepenuhnya dengan cara yang betul,” katanya. 

Sejak video trailer filem itu dimuat naik oleh Twitter GSC, ramai yang mengkritik filem tersebut dan menggesa pihak berkuasa membatalkan tayangan filem tersebut. 

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!